Assalammualaikum uolls..
Hari ini meresap pula nafsu untuk saya berbicara soal Brain Drain secara berfokus dan lebih ilmiah
Brain Drain: Malaysia Perlu Bertegas
by, Touvan Fatailah
Seperti yang kita tahu, Malaysia berhasrat untuk keluar daripada kepompong negara kelas kedua dan menyertai agenda negara- negara yang berpendapatan tinggi. Masih ingat slogan Kerajaan Malaysia, "Malaysia akan berpendapatan tinggi menjelang 2020". Namun masalahnya Malaysia masih kekurangan golongan pakar yang sangat diperlukan dalam merealisasikan impian tersebut.
keseriusan Masalah Brain Drain di Malaysia
Biar saya jelaskan berapakah tahap keseriusan Malaysia mengalami Brain Drain ni..1. Sumber data daripada Bank Dunia mengatakan antara 800,000 hingga 1.4 juta rakyat Malaysia masih tinggal di Oversea dan 1/3 daripada bilangan ini adalah Brain Drain.
2. Pada tahun 2000, 46% diaspora Malaysia berhijrah ke Singapura dan sebenarnya peratus ini membentuk 45% daripada penduduk bermastautin.
3. 1 daripada 10 rakyat Malaysia yang berkemahiran memilih untuk meninggalkan negara ini, purata ini adalah 2 kali ganda daripada purata Brain Drain di negara lain.
4. Pakar ekonomi Bank dunia, Philip Schellekens menerusi pelancaran laporan Bank Dunia yang bertajuk " Monitor Ekonomi Brain Drain Malaysia" mengatakan 2 daripada 10 rakyat Malaysia berpendidikan tinggi memilih untuk meninggalkan negar disebabkan prospek Kerjaya, tuntutan dan Keadilan sosial.
5. kekurangan Tenaga Mahir, Sinar Harian, 2 Mac 2014,
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) Ali Badaruddin Abdul Kadir berkata, buat masa ini, tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia hanyalah sebanyak 28 peratus sahaja.
“Tenaga mahir yang kita ada sekarang adalah mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dan ijazah bagi 44 sektor pekerjaan dalam negara kita.
