subjek
sejarah: Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.
cabang-cabang sejarah:
> paleontologi, astronomi, arkeologi, antopologi, geologi dan biologi.
konteks kemerdekaan:
> pra-kemerdekaan (sebelum 1957)
> kemerdekaan (1957)
> pasce kemerdekaan )selepas 1957)
Autoritatif:
KUALA LUMPUR - Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan 'dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang'.
"Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab).
Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita?
kita perlu merenung kembali tentang tujuk kesilapan besar dalam penulisan sejarah seperti yang digariskan oleh Ibnu Khaldun. Semua catatan sejarah terdedah kepada kesilapan-kesilapan berikut:
1. Condong kepada keyakinan dan pendapat aliran atau kumpulan yang dikaitkan dengan penulis
2. Terlalu yakin dan bergantung kepada satu sumber
3. Gagal memahami maksud sebenar yang tersirat
4. Kepercayaan yang salah tentang kebenaran
5. Kegagalan untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dengan konteksnya yang sebenar
6. Nafsu untuk membodek pemimpin dengan memuji-muji mereka serta mempopularkan nama atau sumbangan mereka
7. Jahil tentang hukum yang mentransformasikan masyarakat manusia